TIPS chantek..cantek..!!



TIPS PENJAGAAN RAMBUT BAGI YANG BERTUDUNG

Percaya atau tidak, penjagaan rambut bagi wanita bertudung bukan terhad sekadar terhad kepada pemilihan syampu yang sempurna namun, fabrik tudung kita juga memainkan peranan penting. Udara yang minima ketika bertudung juga mampu merosakkan rambut kita. Wanita yang bertudung perlu menjaga kesihatan rambut. Jika tidak ada penjagaan rambut akan berbau, kusam, sugul dan tidak bermaya. Walaupun kita bertudung, pastikan rambut kita sentiasa terjaga dengan mengamalkan beberapa tips berikut:

1.     Pilihlah tudung dari jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik dari kain kapas. fabrik yang mudah menyerap peluh akan memudahkan aliran udara dikepala anda.

2.     Trend pemakaian tudung terkini menyaksikan gabungan beberapa lapis tudung bagi sekali pemakaian. Kita boleh menvariasikan gaya anda begitu namun ingat, jangan melebihi empat lapisan kain. Ini kerana semakin tebal tudung anda semakin sukar rambut anda bernafas.

3.     Janganlah memakai anak tudung yang terlalu tebal atau berlapis-lapis kerana ini akan membuatkan rambut sukat untuk bernafas dan mudah lembab dan berbau.

4.     Jika kita memakai tudung, sebaiknya potong rambut anda pendek dan biarkan ia lepas mengurai. Jika ingin mengikat rambut, janganlah terlalu ketat. Pilihan terbaik jangan simpan rambut anda melebihi 60sm.

5.     Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika kita banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini kadangkala akan membuatkan anda tidak selesa, berasa pening dan kulit kepala akan mudah gatal.

6. Tidak perlu mencuci :
Kalau anda kebiasaan mencuci rambut setiap hari, ubahlah kebiasaan ini. Sebagai wanita bertudung, tidak sesuai anda mencuci rambut setiap hari. Keadaan ini akan menjadikan rambut lebih teruk jika anda mencuci rambut pada waktu pagi iaitu sebelum ke tempat kerja. Tidak kira bagaimanapun kadar kepanjangan rambut anda, ia tetap memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Walaupun anda menggunakan pengering rambut, rambut tetap tidak akan kering dengan sempurna secara menyeluruh.
CADANGAN : Cucilah rambut sekurang-kurangnya 3kali seminggu. Sebaiknya cucilah pada waktu petang, sebaik sahaja anda pulang dari kerja. Selebihnya, cucilah pada hujung minggu. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.

7. Pilih kain tudung berfabrik lembut :
Kalau anda bekerja dari jam 9 hingga 5 petang, bayangkan berapa lama anda menutup rambut anda dengan tudung. Oleh itu, jangan lupa memilih fabric untuk pemilihan tudung anda. Kini, fabric bawal adalah pilihan paling popular. Elakkan memilih fabric kapas. Kain tudung yang memerangkap haba tidak baik untuk keadaan kulit kepala dan rambut anda.
CADANGAN : Kalau anda selesa, elakkan memakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin kemas dan selesa agar rambut tidak terkeluar.

8. Sentiasa merawat rambut :
Sebulan sekali periksa jika terdapat sel rambut mati atau hujung rambut yang bercabang. Jika anda membiarkannya, rambut akan mudah gugur, dan kerosakan pada rambut akan brtambah teruk.


9Atasi masalah rambut jika ada :
Apapun masalah anda, jangan pandang remeh dan berharap ia akan hilang dengan sendirinya. Kalau anda tidak punyai kos yang mencukupi untuk ke salun rambut, anda boleh mendapatkan nasihat dari pakar farmasi untuk syampu yang sesuai dengan masalah rambut anda. Mungkin juga adalah disebabkan oleh penyakit lain. Jadi tanyalah pada yang pakar...

10. Berehat dahulu sebelum membersihkan diri :
Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun dari beriadah, teruslah membuka tudung dan membiarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu, berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaiknya, bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala.



MEMILIH TUDUNG DAN MENGGAYAKAN TUDUNG BERSESUAIAN DENGAN BENTUK WAJAH

Bentuk wajah bujur 
Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria.

Bentuk muka berpetak
Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung. Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.

Bentuk muka panjang
Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening. Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.

Bentuk segi tiga
Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung
seperti net. Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.

Bentuk muka bulat
Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.


Tips menjaga tudung

Penjagaan yang betul akan memanjangkan jangka hayat tudung. Dari sudut ekonomi, ini memang langkah yang bijak. Dari sudut penampilan, tudung yang dijaga kemas dan betul akan membantu penampilan yang lebih kemas dan sedap dipandang. Antara cara menjaga tudung yang boleh diamalkan ialah..
      i.        Mencuci tudung dengan tangan dan jangan gunakan mesin. Ini akan memastikan tudung mendapat tekanan pada kawasan yang kotor sahaja.
     ii.        Menggantung tudung adalah lebih digalakkan daripada melipatnya.
    iii.        Jangan pakai tudung ketika rambut basah. Ini boleh menjejaskan fabrik tudung.
    iv.        Gunakan bahan pencuci yang lembut dan jangan lupa bahan pelembut.
     v.        Jangan campurkan tudung dengan pakaian berwarna lain. Dikhuatiri ia akan merosakkan warna tudung.
    vi.        Jangan jemur tudung secara terus. Ini akan meemudarkan warna tudung. Anginkan sahaja di kawasan redup.


Tips memilih tudung berdasarkan warna kulit

Pemilihan tudung berdasarkan warna kulit memberikan kesan di dalam penampilan seseorang. Ia boleh sama ada membuatkan si pemakai kelihatan kusam, ceria, muda, tua dan sebagainya.

      i.        Kulit sawo matangwarna-warna hijau dan kuning atau terbitan daripada keduanya akan membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan menaikkan seri wajah anda.

     ii.        Kulit kuning langsatgayakan tudung berwarna biru, ungu violet dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah. Sementara tudung berwarna hijau dan kuning harus dielakkan supaya tidak kelihatan kusam dan kurang bermaya.

    iii.        Kulit putihpakailah tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar.
        Tudung berwarna merah jambu, merah hati atau merah gelap aka membuatkaN 
       anda kelihatan pucat.


TIP UNTUK WANITA SENTIASA KELIHATAN CANTIK

1.     Banyakkan minum air mineral
2.     Sentiasa bersenam
3.     Jangan merokoK
4.     Tidur yang mencukupi
5.     Rehatkan kulit muka
6.     Jangan makan berlebihan
7.     Makan makanan yang seimbang
8.     Sentiasa senyum dan positif
9.     Rajin menjaga kebersihan diri dan wajah
10.   Memakai produk yang sesuai pada wajah dan badan